Nak Tahu Best Ke Taman Ular Dan Reptilia Di Perlis

0
114

Ramai sebenarnya Nak Tahu Best Ke Taman Ular Dan Reptilia Di Perlis? Taman Ular yang terkenal di utara Semenanjung ini memang menjadi tumpuan ramai kerana sebelum ini memang ada banyak persembahan ular dan pameran ular-ular terbaik yang pernah mereka ada. Kali ini, MrJocko sendiri singgah di sini untuk membuat penggambaran.

Lokasi Taman Ular Perlis ini sebenarnya terletak di kawasan yang dikenali sebagai Batu Pahat, Perlis. Jangan salah faham, bukan sahaja Johor ada Batu Pahat, tapi di sini, Perlis pun ada Batu Pahat.

Taman Ular Perlis

Tips Taman Ular Perlis

Kalau nak datang masa orang tak ramai, datang pada hari waktu bekerja. Kalau nak tengok persembahan, selalunya diadakan pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Kelepasan AM

Nak lagi mudah, lokasi Taman Ular ini hanya bersebelahan dengan Taman Anggur di Perlis yang pernah terkenal satu masa dulu. Itu dulu. Tapi masa MrJocko ke Taman Anggur Perlis, ia sedang dalam proses renovation dan ditambahbaik.

Tiket masuk ke Taman Ular Perlis ini ialah cuma RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Kalau anda bercadang untuk membawa masuk kamera, anda akan dikenakan charge tambahan RM1.00 untuk satu kamera dan RM2.00 untuk kamera video. Harga yang sangat berbaloi dan ia memang murah berbanding Taman Ular ditempat lain.

tiket masuk ke Taman Ular Perlis
Nak Tahu Best Ke Taman Ular Dan Reptilia Di Perlis

Kalau anda masuk ke bilik pertama, sebelah kiri selepas pintu masuk, anda akan dapat melihat pelbagai jenis ular yang di simpan di dalam kaca. Kebanyakkan ular di sini adalah beracun dan merbahaya. Pelbagai jenis Ular Tedung, Ular Kapak dan pelbagai jenis ular berbisa ada di sini.

Manakala di sebelah belakang, di sediakan kawasan yang agak luas dan beberapa kawasan agak terbuka tetapi punyai ‘ciri keselamatan’ diletakkan ular sawa dan beberapa ekor jenis ular lain.

Di kawasan sebelahnya ada diletakkan reptilia-reptilia yang memang menjadi tarikan untuk pelancong ke sini.

Nak Tahu Best Ke Taman Ular Dan Reptilia Di Perlis
taman_ular_dan_reptilia_perlis_04
taman_ular_dan_reptilia_perlis_03
tiket masuk ke Taman Ular Perlis

Katanya, bila hujung minggu, akan ada beberapa persembahan bersama Ular. Memandangkan kami singgah di sini pada hari Isnin, maka, kami terlepas peluang untuk melihat persembahan menarik yang selalu diadakan di sini. InsyaAllah, lepas ini, MrJocko akan singgah lagi di Taman Ular bersama keluarga.

Ketika MrJocko singgah, memang tidak ramai pelancong ke sini. Tidak tahu punca. Mungkin sebab ia hari bekerja. Namun sebenarnya, dengan harga tiket, pilihan ular dan reptilia yang ada di dalam di dalam ini, ia patut anda lawati.

Mungkin, antara yang menjadi masalah ialah pengangkutan untuk ke sini. Barangkali, kalau ia mempunyai kedudukan yang lebih dekat dengan pusat bandar atau kemudahan pengangkutan awam yang lebih kerap, ia mampun menarik lebih ramai pengunjung.

SUMBER: MRJOCKO.COM

=========================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

MNY HOMESTAY JITRA
0124467777
wasap.my/60124467777
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA

Homestay Jitra. Homestay Kolam. Homestay murah di Jitra. Jitra Homestay. Pool Homestay. Homestay Kolam renang Jitra. Homestay UUM. Homestay Changlun. Homestay Polimas. Homestay Tasik Darulaman. Home2stay. Hom2stay. Bukit Kayu Hitam. Thailand. Tempat menarik Jitra. Jitra. Destinasi. Tempat menarik di Kedah. Tempat best di Kedah.Tags: Bukit Kayu HitamDestinasiHom2stayHome2stayHomestay ChanglunHomestay JitraHomestay KolamHomestay Kolam renang JitraHomestay murah di JitraHomestay PolimasHomestay Tasik DarulamanHomestay UUMJitraJitra HomestayPool HomestayTempat best di KedahTempat menarik di KedahTempat menarik jitraThailand

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here