Musim Panas, musim yang sesuai untuk minum dan makan makanan sejuk. Antaranya adalah cendol! Mencari dimana cendol sedap di Shah Alam. Erm.
Terdapat satu gerai cendol Melayu yang yang menjadi tumpuan di Shah Alam iaitu di Seksyen 7, terletak di belakang UNISEL. Tak susah pun nak cari. Boleh nampak gerai ini selepas masuk simpang ke Seksyen 7 belakang Unisel.
Ia hanya sebuah gerai yang kecil dari sebiji motor sahaja, terletak di atas bukit. Boleh tahan ramai yang datang makan cendol disini.

Cendol pulut cendol pulut!
Ada beberapa pilihan cendol yang ada disini iaitu Cendol biasa, Cendol Pulut dan Cendol Tapai. Selain dari cendol ada juga Laksa Utara!.
Kombinasi terbaik apabila boleh minum petang cendol dengan laksa!
Makan atas bangku plastik santai-santai tepi jalan! Konsep kat gerai ni, order, makan dan bayar.

Nikmat makan cendol musim panas!
Memang nikmat makan cendol di musim panas. Cendol Seksyen 7 Shah Alam ini boleh dikatakan sedap. Cukup rasa dan pulut dia banyak. Sesetengah penjual cendol ada yang kedekut pulut. Tapi yang ini memang banyak. Kuah manis dan berlemak. Cukup rasa.
Kalau ada pilihan jagung atau kacang mesti lagi sedap kan?
Laksa pula, bagi saya biasa-biasa sahaja. Kurang rasa, dan kurang umphh! Atau sebenarnya Laksa Utara dari Jitra Kedah memang rasa macam ni?
Yang penting kena cuba dulu! Lain orang lain selera.
Harga kami makan 2 mangkuk cendol dan 1 mangkuk laksa jumlah RM8! Ok la…Harga biasa bagi cendol dan laksa.

Cendol extra Manis!

Laksa Jitra Mari!
Lain kali boleh datang singgah makan cendol disini lagi. Nak makan cendol? Boleh terjah alamat
Cendol Seksyen 7, Shah Alam
SUMBER :MYSELERA.COM
=========================
Mencari homestay di sekitar Shah Alam ? Sila hubungi Puan Intan di nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah :
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
017 – 4060988
wasap.my/0174060988
WEBSITE
www.mnyhomestayshahalam.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
Homestay. Homestay Shah Alam. Homestay kolam. Homestay di Shah Alam. Homestay murah di Selangor. Homestay Shah Alam murah. Pool Homestay. Vista Alam. Shah Alam Homestay. Homestay murah Shah Alam. Makan sedap di Shah Alam. Kedai Makan Viral di Shah Alam. Tempat makan best di Shah Alam. Makan murah di Shah Alam. Tempat makan di Shah AlamTags: Homestay, Homestay di Shah Alam, Homestay kolam, Homestay murah di Selangor, Homestay murah Shah Alam, Homestay Shah Alam, Homestay Shah Alam murah, Kedai Makan Viral di Shah Alam, Makan murah di Shah Alam, Makan sedap di Shah Alam, Pool Homestay, Shah Alam Homestay, Tempat makan best di Shah Alam, Tempat makan di Shah Alam, Vista Alam