Tom Yam Wan Mas Batu 15 Jalan Sintok

0
97

Tom Yam Wan Mas Batu 15 Jalan Sintok Paling Win Terlajak Murah / Jika anda datang ke UUM, nak cari tempat makan sedap dan sangat murah kat Jalan Sintok menghala ke Changlun ada sebuah kedai masakan panas paling murah bagi saya. Kedai makan Tom Yam Wan Mas. Tom Yam dia kalau nak dibandingkan di seluruh Changlun, Sintok bagi saya ia paling sedap. 

Dengan harga RM4 untuk seorang makan, mana nak cari kat area kedai makan Changlun Sintok. Sehingga, boleh dikatakan Februari ni hampir tiap hari menyinggah beli tom yam di situ. Yang menariknya lagi, kuah tom yamnya sampai ke esok hari maintain sedap dan tak basi. Dengan harga RM4 sedap isi pun banyak. Saya selalu beli tom yam seafood berbanding tom yam campur. Perghhhh tak rugi dan kenyang perut pujian doa dihulurkan. 

Kedainya usang saja, tapi tiap malam berdiri kat luar menunggu meja. Nak nak time semester student UUM ada pasti full house. Apa pun memang anda akan pulang kepuasan bila menikmati makanan di sini. Terlajak murah…. Ada satu kali kami makan nasi putih 4, tom yam, daging goreng bawang putih, kailan ikan masin dan ikan bawal goreng dan minuman, harganya baharu RM36.++…. 


ikan bawal goreng


daging goreng bawang putih

Sabtu malam yang lalu, kami sempat makan d sana. Cuma order biasa sup tulang, ikan kembung goreng, daging phad kra pho dan daging goreng bawang putih, nasi utih 4, laichi kang 2, teh tarik, air suam 2… harganya baharu RM21 sahaja…..

Sup Tulang

daging phak kra pao


daging goreng bawang putih

ikan kembung goreng

Kami order ikan bawal goreng tapi ikan bawal tak de masa tu…. Itu je la yang kami order sepadan dengan kami… hehehe…. 


kedai makannya selalu penuh

Jangan risau kalau penuh, sabar menunggu di luar. Sekejap sahaja silih berganti…. yang penting makannannya sedap lagi murah, tapi keng somnya memang terbaik. 


Lokasinya dari UUM (nak balik dari UUM menghala ke Changlun) jumpa simpang kiri lorong menuju ke Kampung Changkat Setoi, masuk situ sebelah kiri kedai makan kedua betul-betul tepi jalan. Jalan ni memang sempit sikit kena pandai-pandai cari parking di bahu jalan.


Kalau nak datang pukul 11 tengahari dia dah buka sehingga 12 malam. Kalau tak 1 pagi ada lagi bergantung pada ramainya pelanggang. 
Kalau datang UUM, changlun boleh makan kat kedai ni….

Contact no 017-425 2693

SUMBER: SHEILAINSPIRE.COM

===========================


Mencari homestay di sekitar Jitra? Sila hubungi nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

MNY HOMESTAY JITRA
0124467777
wasap.my/60124467777
WEBSITE
www.mnyhomestayjitra.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY JITRA


Homestay Jitra. Homestay Kolam. Homestay murah di Jitra. Jitra Homestay. Pool Homestay. Homestay Kolam renang Jitra. Homestay UUM. Homestay Changlun. Homestay Polimas. Homestay Tasik Darulaman. Home2stay. Hom2stay. Bukit Kayu Hitam. Thailand. Makan sedap di Kedah. Kedai Makan Viral di Kedah. Tempat makan best di Kedah. Makan murah di Kedah. Tempat makan di Kedah.
Tags: Bukit Kayu HitamHom2stayHome2stayHomestay ChanglunHomestay JitraHomestay KolamHomestay Kolam renang JitraHomestay murah di JitraHomestay PolimasHomestay Tasik DarulamanHomestay UUMJitra HomestayKedai Makan Viral di KedahMakan murah di KedahMakan sedap di KedahPool HomestayTempat makan best di KedahTempat makan di KedahThailand

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here