Skytrex Adventure Shah Alam! Cabar Diri Anda 20m Tinggi Di Atas Pokok

0
79

Sebelum ini saya ada kongsikan senarai tempat menarik di Shah Alam. 
Salah 1 daripada tarikan di bandaraya metropolitan ini adalah Skytrex adventure Shah Alam yang terletak di lokasi yang sama dengan Taman Botani Shah Alam.

Saya juga telah kongsi tentang taman botani di blog ini.

Shah Alam ada banyak tempat menarik. Jika taman botani penuh dengan pokok & bukit bukau, Wet world pula untuk mandi manda, Skytrex ini pula lain ceritanya.

Anda cukup berani nak habiskan semua cabaran disini?

Bukan sembarangan orang boleh buat tau. Abang sado adik akak cantik manis pun kecut perut nak ke mari.

Mesti habis berpeluh dahi tu dengan peluh dingin. Boleh naik jerawat sebab cabaran yang mendebarkan ni.

Nak rasa seronoknya berjalan dari pokok ke pokok? Jom kita terjah Skytrex Adventure.

Apa yang menarik di Skytrex Shah Alam?

Saya memang galakkan untuk keluar awal pagi ke mari. Suasana hutan semasa pagi memang best. 

Kalau tinggal di kawasan sekitar memang senang. Bagi pelancong boleh sewa homestay hotel di sekitar Shah Alam.

Pilih yang dekat sikit supaya tak sesak dan senang ke mari.

Di Skytrex Shah Alam, terdapat 3 litar untuk pilihan kita.

Setiap litar ini dibahagikan menurut tahap kesukaran, daripada tahap mudah, sederhana & sukar.

Kita akan memerlukan kemahiran mengimbang badan, berdiri, mendaki, berjalan, berayun dengan ketinggian 22 meter dari paras tanah.

Kekuatan mental yang tinggi sangat diperlukan untuk menghabiskan cabaran ini.. 

Tapi, jangan risau.

Sekiranya kita tidak dapat menghabiskan cabaran di litar ini, ada laluan keluar alternatif sekiranya tidak sanggup meneruskan lagi.

Ataupun sekiranya berlaku kecemasan.

3 Pilihan Litar Yang Terdapat Di Skytrek Shah Alam!

Kita mulakan dengan litar pertama.

1. Litar BIG THRILL

Anggaran masa yang diperlukan untuk menyelesaikan litar ini ialah 1 jam 30 minit sehingga 2 jam.

Terdapat 5 slot masa untuk kita mencuba litar big thrill.

  1. 9.00 pagi
  2. 10.30 pagi 
  3. 12.00 tengahari
  4. 1.30 petang
  5. 3.00 petang

Bagi memastikan kita mendapat tempat, saya cadangkan untuk buat tempahan lebih awal.

Bukan semua orang layak untuk mencuba cabaran litar big thrill. 

Antara syarat syarat yang di letakkan pihak pengurusan kepada jiwa jiwa berani yang memasang impian untuk mencuba litar big thrill

  • Mempunyai ketinggian minumum 1.4 meter.
  • Berat badan tidak melebihi 100kg.
  • Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah umur 13 tahun, ibu bapa atau penjaga diwajibkan untuk mengiringi mereka. 1 Kanak-kanak perlu di iringi 1 penjaga.

Semua syarat syarat di atas bukan diletakkan suka suka. Ini semua untuk tujuan keselamatan.

Pastikan kita faham akan risiko yang akan di hadapi apabila melalui litar ini sebelum mencubanya.

2. Litar EXTREME CHALLENGE 

Anggaran masa untuk menamatkan litar ini adalah 2 jam.
Mempunyai 5 slot masa untuk ditempah 

  1. 8.30 pagi
  2. 10.00 pagi
  3. 11.30 pagi
  4. 1.00 petang
  5. 2.30 petang
Skytrex Adventure Shah Alam extreme challenge

Syarat syarat mencuba litar Extreme Challenge

  • Calon calon mestilah berusia 16 tahun di atas.
  • Mereka yang berusia di bawah 18 tahun akan diperlukan untuk mengisi borang indemniti yang ditandatangani oleh ibu / bapa / penjaga.
  • Mempunyai tubuh badan sihat & tidak mempunyai masalah kesihatan. Mempunyai kekuatan bahagian atas badan yang baik.
  • Mempunyai ketinggian minimum 1.4 meter. 
  • Berat badan tidak melebihi 100kg. 

Terdapat 21 cabaran yang di sediakan di dalam litar Extreme Challenge yang perlu di tamatkan.

Fikir masak masak ya.

Dan litar terakhir.

3. Litar LITTLE ADVENTURE

Litar ini adalah yang paling mudah, tahap permulaan untuk mereka yang mahu berjinak jinak dengan cabaran di sini.

Anggaran masa untuk melengkapkan litar ialah 40 minit.

Terdapat hanya 3 slot disediakan untuk tempahan litar ini.

  1. 9.00 pagi 
  2. 11.30 pagi
  3. 1.30 petang 

Setiap sesi akan berlangsung selama 2 jam. Peserta boleh ambil masa untuk menikmati cabaran litar little adventure ini.

Sama seperti 2 litar sebelum ini, terdapat syarat syarat yang mesti dipenuhi sebelum layak mencuba litar ini.

  • Mempunyai ketinggian minimum 1.1 meter.
  • Berat maksimum 100kg.
  • Individu yang berumur di bawah 18 tahun memerlukan kebenaran ibu bapa / penjaga yang akan menandatangani borang indemniti.
  • Bagi kanak-kanak berusia di bawah 8 tahun yang mahu mencuba trek ini,ibu bapa / penjaga yang hadir perlu menandatangani borang indemniti bagi pihak anak anak jagaan mereka. 
  • Penjaga yang hadir bersama anak anak perlu membayar tiket.

Terdapat  23 cabaran di dalam litar tahap permulaan ini.

Walaupun aktiviti ini agak ekstrem, tetapi sebenarnya sangat bagus untuk membina keyakinan diri anak anak.

Pada masa yang sama, kita dapat memantau mereka dari bawah. 

Kalau di barat, aktiviti seperti ini di lakukan oleh ibu dan ayah bersama anak anak mereka untuk mengeratkan hubungan.

Apa yang baik kita ikut, yang tak elok tu kita tapis siap siap.

Setiap litar di sini akan sentiasa mengalami perubahan kerana pelbagai faktor, jadi cabaran akan sentiasa berbeza untuk kunjungan seterusnya.

Dan selain di Shah Alam, terdapat 2 lagi lokasi di Malaysia untuk melakukan aktiviti di kanopi hutan ini. Satu di Langkawi Kedah. Satu lagi di Melaka.

Harga tiket Skytrex Shah Alam

Harga litar untuk 1 orang bagi setiap litar Skytrex Shah Alam adalah seperti di bawah.

Bagus untuk buat tempahan dalam talian saja. Senang, nak tempah air mineral, skydeck dan gazebo pun boleh di buat online.

1. Litar Little Adventure (Tahap Permulaan)

  • 3 sesi untuk tempahan.
    • Sesi 1 – 9 pagi – 11 pagi
    • Sesi 2 – 11.30 pagi – 1.30 petang 
    • Sesi 3 – 1 petang – 3 petang
  • Harga tiket (RM) 37.10 (Harga termasuk gst)
  • 23 Cabaran dalam litar ini
  • Platform Tertinggi dalam litar ini ialah 5m
  • Masa diberikan untuk menghabiskan litar 2 jam
  • Ketinggian minimum peserta 1.1m
  • Berat maksimum peserta 100kg

2. Harga Litar Big Thrill (Tahap sederhana)

  • 5 sesi untuk tempahan dalam sehari
    • 9.00 pagi
    • 10.30 pagi
    • 12.00 tengahari
    • 1.30 tengahari 
    • 3.00 petang
  • Harga tiket litar ini untuk 1 peserta ialah RM48
  • Terdapat 26 cabaran untuk dihadapi dalam litar ini.
  • 17m adalah altitud tertinggi litar.
  • Kita di berikan 2.5-3 jam untuk habiskan litar.
  • Peserta mesti mempunyai tinggi minimum ketinggian 1.4m
  • Berat badan tidak boleh melebihi 100kg

3. Harga Litar Extreme Challenge (Tahap Sukar / Advance)

  • 5 sesi masa di buka untuk litar ini dalam sehari
    • 8.30 pagi
    • 10.00 pagi
    • 11.30 pagi
    • 1.00 petang
    • 2.30 petang
  • Harga tiket per kepala untuk litar ini ialah RM58
  • Bilangan cabaran dalam litar ini ialah 34
  • Ketinggian maksium litar ialah 22m
  • Had masa di berikan untuk menyempurnakan litar ialah 2.5 hingga 3 jam
  • Ketinggian minimum peserta litar ini ialah 1.4m
  • Berat maksimum dibenarkan 100kg

Waktu Lawatan SKytrex Adventure Shah Alam?

Tempat ini di buka setiap hari melainkan pada hari isnin. Cuti sekolah pula buka setiap hari.

Boleh lah datang sini.

Apa Yang Kita Perlu Tahu Sebelum Ke Skytrx Shah Alam?

Tempat yang menyediakan cabaran ekstrem seperti ini mesti ada peraturan keselamatan & undang undang.

DI bawah ini saya berikan beberapa panduan.

1. Bagaimana saya nak pastikan aktiviti ini selamat?

Semua aktiviti outdoor akan mendedahkan kita dengan risiko & bahaya. 

Jadi, sangat penting untuk kita mematuhi semua peraturan & langkah keselamatan yang di tetapkan penganjur.

Semua fasiliti dan peralatan di selenggara dengan baik & di periksa untuk memastikan ia selamat di gunakan.

Fasilitator dan staf bertugas ada di tempatkan di sekitar litar untuk memberikan bantuan kepada peserta sekiranya di perlukan.

Apa yang penting, sentiasa berhati hati semasa mencuba cabaran ini.

Bolehkah saya tempah lebih awal & berapa tempat tersedia untuk setiap sesi?

Tempahan boleh di buat online / dalam talian, boleh cek laman web skytrex untuk melihat promosi terkini.

Dan untuk setiap sesi hanya 25 peserta di benarkan.

Kalau kita melawat taman botani dan tiba tiba teringin mencuba skytrex, kira nasiblah.

Ada tempat boleh saja masuk sesi tersebut. Kalau penuh, kita balik tangan kosong.

Sebab itu digalakkan sangat buat tempahan online lebih awal.

Bila masa paling bagus untuk buat aktiviti ini?

Penganjur rekemen untuk ambil slot waktu pagi kerana matahari belum betul betul tegak di kepala. Buat aktiviti lasak masa cuaca panas, senang kena sunburn & badan pun cepat letih.

Kalau buat awal pagi, suasana lebih nyaman seperti di cameron highland. Kita pun lebih selesa dan tenang menyempurnakan halangan. (Siapa yang suka cuaca sejuk & udara segar di tanah tinggi cameron, saya syorkan baca artikel di blog Ibu Syurga. Ada banyak tempat best.)

Adakah aktiviti akan di hentikan sekiranya hujan turun?

Saya biasanya akan cek terlebih dahulu ramalan cuaca di internet sebelum keluar bersiar siar dengan keluarga.

Kalau ramalan ruaca hari itu baik, baru saya akan tempah tiket.

Rugi kan keluar pada hari hujan.

Tapi, kalau kita dah tempah dan semasa melakukan aktiviti di skytrex, hujan turun renyai renyai saja. Aktiviti tetap akan di teruskan.

Melainkan, jika ada kilat & hujan lebat turun.

Dalam kes ini, aktiviti akan di hentikan dan peserta akan di minta meninggalkan litar cabaran melalui laluan khas.

Peta Ke Skytrex Shah Alam?

Ok, dah baca semua info diatas dan masih juga nak pergi kan? Ini saya berikan peta untuk panduan. Senang saja, pergi ke Taman Botani Negara Shah Alam.

Kedudukan Skytres Shah Alam ni betul betul di sebelah pintu masuk taman botani.

Insyaallah tak akan sesat.

Kesimpulan

Tempat ini memang wajib cuba walaupun sekali, cuma itulah nak masuk pun ada syarat syaratnya. Berat tak boleh obes.

Badan kena fit. Dan tinggi mesti paling minimum 1.1 meter.

Cabar keberanian diri dan asah kekuatan dan keyakinan diri dengan menyempurnakan 3 litar di puncak kanopi pokok pokok hutan.

Selamat mencuba. 

SUMBER : SUKAMAKANJALAN.COM

========================


Mencari homestay di sekitar Shah Alam? Sila hubungi Puan Intan di nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

MNY HOMESTAY SHAH ALAM
017 – 4060988
wasap.my/60174060988
WEBSITE
www.mnyhomestayshahalam.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
Homestay. Homestay Shah Alam. Homestay kolam. Homestay di Shah Alam. Homestay murah di Selangor. Homestay Shah Alam murah. Pool Homestay. Vista Alam. Shah Alam Homestay. Homestay murah Shah Alam. Tempat menarik Shah Alam. Shah Alam. Destinasi. Tempat menarik di Selangor. Tempat best di Shah Alam.Tags: destinasiHomestayHomestay di Shah AlamHomestay kolamHomestay murah di SelangorHomestay murah Shah AlamHomestay Shah AlamHomestay Shah Alam murahPool Homestayshah alamShah Alam Homestaytempat best di shah alamtempat menarik di selangortempat menarik shah alamVista Alam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here