DEMC kini dikenali Hospital Pakar Avisena

0
124

Berbudi bahasa, sopan, ikhlas dan bersyukur merupakan nilai indah dalam masyarakat Melayu. Berdasarkan prinsip ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Avisena, Datuk Dr. Omar Abd. Hamid berjaya mewujudkan suasana pusat perubatan yang selesa, cekap dan berkualiti. Avisena yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Perubatan DEMC dan sudah berusia 20 tahun, telah muncul sebagai hospital butik terkemuka yang menawarkan perkhidmatan eksklusif.

Fakta Hospital Pakar Avisena
Jumlah katil118
Jumlah doktor pakar65
Jumlah pegawai perubatan10
Jumlah kakitangan600

Avisena yang terletak di Shah Alam merupakan hospital pakar eksklusif yang tidak asing di dalam negara malah di peringkat antarabangsa. Menawarkan spektrum gabungan penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program saringan, Hospital Pakar Avisena ini dimiliki oleh Avisena Holdings Sdn Bhd (dahulu dikenali DEMC Management Sdn. Bhd.) telah berkembang secara pesat sejak penubuhannya, awal 1997.

Pada Januari 2001, perkhid­matan pesakit DEMC berkembang daripada 15 hingga 50 katil dengan lebih banyak pakar peruba­tan dan kakitangan sokongan kli­nikal yang digunakan untuk menampung peningkatan permintaan.

Pada asalnya DEMC dikenali sebagai PMMC iaitu Primary Maternity and Medical Centre yang kemudiannya ditukar kepa­da DEMC. Hospital pakar ini menawarkan pelbagai bidang kepakaran perubatan, pembedahan profesional selain menyediakan sesi rawatan dan kaunseling.

Bermula dengan bangunan kedai di Seksyen 9, Avisena kini beroperasi di Seksyen 14, Shah Alam pada Januari 2010 dan secara rasmi dijenamakan semula sebagai ‘Hospital Pakar Avisena’ pada 21 Mac lalu. Terdapat beberapa penambahan perkhidmatan kepada pelanggan pada 2012 termasuk konsep perkhidmatan butik dan Lounge Sutera (tempat menunggu atau berehat bertaraf lima bintang).

Pada tahun yang sama, DEMC dianugerahkan Keahlian Penuh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dan diiktiraf untuk menerima pesakit asing melalui program pelancongan kesihatan.

“Kami percaya bahawa semua pelanggan kami unik dan istimewa. Kami melayan anda dengan penjagaan dan keprihatinan yang tinggi dalam suasana selesa dan eksklusif untuk menghi­langkan rasa cemas atau takut tinggal di hospital. Kami menyediakan persekitaran yang mesra untuk keselesaan seperti berada di rumah,” kata Dr. Omar yang juga pengasas Avisena.

Tambah Dr. Omar, seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan pembangunan yang semakin maju, hospital ini melakukan penjenamaan semula dengan menukar nama dan logo hospital. Avisena diambil sempena keagungan tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina.

“Walaupun hospital pakar ini akan dikenali sebagai Avisena, misi dan visi kami tetap sama. Kami berusaha untuk memahami keperluan anda sebagai individu bagi memastikan kepakaran perubatan dan pembedahan kami dapat memberi penjagaan perubatan terbaik. Kami komited untuk memberikan anda yang terbaik melalui keperca­yaan, penghormatan dan integriti dalam perseki­taran kerja yang kondusif. Kepuasan anda tetap menjadi keutamaan kami,” katanya.

Antara kemudahan yang dikekalkan ialah Sutera Lounge yang merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Avisena untuk menyediakan rawatan perubatan terbaik dan pengalaman berharga kepada pelanggan. Kami menawarkan perkhidmatan yang eksklusif dalam pilihan penjagaan kesihatan.

“Sutera Lounge lahir berdasarkan kefahaman dan penghayatan kami terhadap keinginan anda untuk keselesaan dan privasi. Kami menyediakan anda penjagaan kesihatan dalam persekitaran yang kondusif, eksklusif dan menenangkan.

“Tiada lagi beratur di bilik menunggu yang sesak atau sakit kepala berterusan di ruangan pesakit luar. Anda tidak akan dapat merasai kemudahan ini di hospital lain,” katanya.

Kemudahan ini memberi jaminan kepada tetamu baha­wa mereka akan mendapat pen­­jagaan kesihatan berkualiti dalam suasana premium yang mencerminkan budaya penjagaan.

Program kesetiaan Avisena ini mempamerkan pengetahuan, keyakinan dan keupayaan untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan eksklusif dalam perhatian penjagaan kesihatan kepada pelanggan.

Dalam pada itu, Avisena akan menambah sebuah hospital khusus untuk wanita dan kanak-kanak yang dijangka akan beroperasi pada hujung tahun ini.

SUMBER : UTUSAN.COM

========================


Mencari homestay di sekitar Shah Alam? Sila hubungi Puan Intan di nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

MNY HOMESTAY SHAH ALAM
017 – 4060988
wasap.my/0174060988
WEBSITE
www.mnyhomestayshahalam.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
Homestay. Homestay Shah Alam. Homestay kolam. Homestay di Shah Alam. Homestay murah di Selangor. Homestay Shah Alam murah. Pool Homestay. Vista Alam. Shah Alam Homestay. Homestay murah Shah Alam. Tempat menarik Shah Alam. Shah Alam. Destinasi. Tempat menarik di Selangor. Tempat best di Shah Alam.Tags: destinasiHomestayHomestay di Shah AlamHomestay kolamHomestay murah di SelangorHomestay murah Shah AlamHomestay Shah AlamHomestay Shah Alam murahPool HomestayShah Alam Homestaytempat best di shah alamtempat menarik di selangortempat menarik shah alamVista Alam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here