10 Tempat Menarik Di Shah Alam

0
77

Memang terdapat banyak tempat menarik di Shah Alam yang boleh dilawati oleh penduduk sekitar mahupun pelancong antarabangsa. Pernah terkenal dengan jolokan ‘Bandar Perindustrian’ kerana padat dikelilingi dengan kilang-kilang multinasional, Bandar raya Shah Alam kini telah berubah wajah sehingga digelar ‘Bandar Raya Anggerik’.

Pembangunan terancang dan pesat menjadikannya sebuah pusat pentadbiran, perniagaan, perdagangan serta pendidikan yang terbesar di Negeri Selangor.

TEMPAT MENARIK DI SHAH ALAM

Tahukah anda, walaupun di sebalik kepesatan, terdapat banyak tempat menarik di Shah Alam yang boleh dilawati.

Antaranya:

1. I-CITY

tempat menarik di shah alam

Foto Kredit: i-city.my

Semenjak dibuka pada tahun 2013, waktu malam di taman tema fantasi ini tidak putus-putus dikunjungi oleh orang ramai yang ingin melihat ratusan pokok bermandikan cahaya digital, penuh warna-warni.

Rumah Salji yang dibuka sehingga waktu malam juga menjadi tarikan utama oleh mereka yang ingin merasai suasana kedinginan musim sejuk. Waktu siangnya pula, taman tema air, ‘Red Carpet’ atau muzium lilin dan galeri lukisan ‘3D The Trick Art’menjadi tumpuan.

2. TAMAN BOTANI

tempat menarik di shah alam

Foto Kredit: tbnsa.gov.my

Bagi yang suka dikelilingi dengan panorama hijau, bolehlah berkunjung ke Taman Botani. Meliputi kawasan seluas 865 hektar, ia merupakan taman pertanian pertama dan terbesar, juga satu-satunya taman pemeliharaan semula jadi di Malaysia.

Menariknya, taman ini juga mempunyai Rumah Iklim Sederhana Empat Musim yang memberi pengalaman rakyat Malaysia menyaksikan secara dekat musim luruh, musim salji, musim bunga, dan musim panas seperti di luar negara.

Antara lain yang menarik di Taman Botani adalah taman kaktus, taman orkid, taman rempah-ratus, taman haiwan, taman rama-rama dan banyak lagi. Selain dijadikan sebagai pusat rekreasi, ia juga berfungsi sebagai pusat rujukan dan kajian dalam bidang pertanian.

3. PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA

tempat menarik di shah alam

Foto Kredit: plus.google.com

Jangan jadikan kecanggihan teknologi seperti tablet dan telefon pintar membatasi minat membaca di kalangan anak-anak anda. Pupuk semangat cintakan buku dengan membawa mereka ke perpustakaan setiap waktu lapang. Berkonsepkan serba moden, ia dilengkapi dengan perabot dan sofa yang selesa serta sudut membaca.

Selain itu, anak-anak anda boleh menyertai permainan simulasi Teater 6D, tayangan animasi di Teater 3D, permainan interaktif di Zon Kreatif, bersenam di bilik gimnasium, malah boleh bersukan secara maya.

4. MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

tempat menarik di shah alam

Foto Kredit: en.wikipedia.org

Lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam nyata terserlah pada masjid kedua terbesar di Asia Tenggara dan menjadi mercu tanda bandar raya ini. Ia juga mempunyai kubah masjid terbesar di dunia manakala menaranya merupakan menara kedua tertinggi di dunia.

Memang tidak lengkap berjalan mengelilingi Shah Alam jika tidak berkunjung ke masjid yang juga dipanggil Masjid Biru.

5. MUZIUM SULTAN ALAM SHAH

tempat menarik di shah alam

Foto Kredit: padat.gov.my

Bagi yang ingin mengetahui dan meneroka sejarah pembangunan negeri Selangor serta budaya masyarakat tempatan, disarankan mengunjungi pusat khazanah warisan negeri seluas 135,000 kaki ini.

Ia menempatkan hampir 4,000 artifak dalam balai sejarah, balai kebudayaan, balai sukan, balai warisan alam semula jadi dan balai Islam. Turut disediakan bilik repositori, makmal konservasi, auditorium dan balai pameran sementara.

6. TAMAN TASIK SHAH ALAM

tempat menarik di shah alam

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Sebagaimana tenangnya air di tasik Shah Alam, begitu jugalah tenangnya hati anda bila berada di sini. Landskapnya yang indah dan menghijau memberi kedamaian sehingga hilang segala keresahan yang melanda.

Tasik Shah Alam juga menjadi habitat kepada hidupan air tawar dan menjadi persinggahan burung undan. Kemudahan prasarana yang disediakan termasuk laluan joging, lama refleksologi, pondok rehat, taman permainan kanak-kanak dan restoran.

Walaupun tempat menarik di Shah Alam yang satu ini tidaklah begitu popular, tetapi ia boleh menghilangkan stres dan lokasi hujung minggu atau setiap petang.

7. DATARAN BUNGA RAYA

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Foto Kredit: mbsa.gov.my

Alang-alang berada di Tasik Shah Alam, bolehlah singgah di Taman Bunga Raya. Sambil bersiar-siar, anda boleh melihat aneka spesies bunga raya dengan warna-warna yang menarik di sekeliling taman ini.

8. TAMAN TEMA WET WORLD

Taman tema air

Foto Kredit: Facebook Wet Water World

Terletak di pinggir Tasik Shah Alam, ia merupakan taman tema rekreasi pertama dibuka di Shah Alam yang dibina dengan mengambil kira keselamatan kanak-kanak.

Bagi yang sukakan permainan air, bolehlah mencuba gelongsor air berbukit di sini yang dikategorikan sebagai gelongsor terpanjang di dunia serta pertama seumpamanya di rantau Asia.

Jangan lepaskan peluang di cuaca panas ini dengan menyejukkan badan sambil berendam dalam kolam-kolam yang disediakan.

9. HIGH 5 BREAD TOWN

Foto Kredit: High5BreadTown FB Page

Roti memang sedap dimakan sama ada kosong mahupun berinti tetapi tahukah anda sejarah bermulanya roti ini? Ikuti pengembaraan sejarah pembuatan roti di Bandar Roti High5!

Anda dapat melihat sendiri bagaimana roti dihasilkan sejak lebih 5,000 tahun lalu melalui paparan interaktif dan dinding mural warna-warni sambil menghidu aroma bau roti sepanjang pengembaraan dalam bandar yang telah menerima pengiktirafan oleh Malaysian Book of Record sebagai Muzium Roti Yang Pertama di Malaysia.

10. UPTOWN

Foto Kredit: Laman FB Uptown Shah Alam

Foto Kredit: Laman FB Uptown Shah Alam

Jika anda ingin dapatkan barangan gajet, pakaian berjenama dan teknologi terbaru dengan harga murah, bolehlah berkunjung ke seksyen 24.

Dibuka setiap hari bermula pukul 8 malam hingga 3 pagi, ia menawarkan pelbagai rangkaian produk yang jarang ditemui di tempat lain. Memang rambang mata dibuatnya.

Jangan terperanjat jika anda pulang dengan tangan penuh hasil pembelian!

SUMBER : SIRAPLIMAU.COM

=====================


Mencari homestay di sekitar Shah Alam? Sila hubungi Puan Intan di nombor berikut atau klik link Whatsapp di bawah:

MNY HOMESTAY SHAH ALAM
017 – 4060988
wasap.my/60174060988
WEBSITE
www.mnyhomestayshahalam.com
FACEBOOK
MNY HOMESTAY SHAH ALAM
Homestay. Homestay Shah Alam. Homestay kolam. Homestay di Shah Alam. Homestay murah di Selangor. Homestay Shah Alam murah. Pool Homestay. Vista Alam. Shah Alam Homestay. Homestay murah Shah Alam. Tempat menarik Shah Alam. Shah Alam. Destinasi. Tempat menarik di Selangor. Tempat best di Shah Alam.Tags: destinasiHomestayHomestay di Shah AlamHomestay kolamHomestay murah di SelangorHomestay murah Shah AlamHomestay Shah AlamHomestay Shah Alam murahPool Homestayshah alamShah Alam Homestaytempat best di shah alamtempat menarik di selangortempat menarik shah alamVista Alam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here